PERSEMBAHAN

Bermacam-macam persediaan dilakukan sebelum Dikir Barat dipersembahkan.
(a) Menempah tukang karut dan juara. jikalau satu-satu pertunjukkan dikir barat itu dianjurkan oleh satu-satu badan,terpulanglah kepada penganjur itu menempah tukang karut dan juara yang sesuai untuk persembahan dikir barat itu. Awak-awak tidak payah ditempah kerana tiap-tiap juara sudah mempunyai awak-awaknya sendiri. Selalunya penganjur inginkan tukang karut dan juara yang popular.

Penganjur akan menempah tukang karut dan juara sama ada di rumahnya sendiri,melalui orang tengah ,di tempat mereka sedang menunjukkan permainan ataupun dimana-mana mereka berjumpa.

(b) Mendapat Kebenaran Bermain
Satu lagi tugas penganjur ialah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa seperti Penghulu, penggawa, pegawai Polis dan Ketua jajahan Daerah.

(c) Iklan-iklan ditampal, disebar dan didedahkan di sekitar kawasan kampung dalam bahasa atau loghat daerah. Walau bagaimanapun pengumunan melalui pembesar suara sangat popular. Pihak penganjur akan pergi ke kampung-kampung yang berdekatan pada petang itu dan memberitahu yang permainan tersebut akan diadakan di kampung yang tertentu. Di antara pengumumannya berbunyi begini:
"jange lupa adik kakok ini male Dikir Barat di pade Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Baru. Tok Jora dea Tukang karut tersohor seluruh Kelate, Jen Endoro, Megat Nordin, dan ghama lagi. Dikir Barat Rekod Dunia... jange lupa, datelah beghama-ghama"

(d) Tempat bermainPermainan Dikir Barat di atas Pentas. Bentuk pentas mengikut corak permainannya itu.

(i) Bangsal Atau pentas Untuk pertunjukan Percuma Jika permainan ini dipertunjukkan di hari-hari perayaan atau majlis-majlis perkhawinan maka bangsal atau pentasnya diperbuat tinggi kira-kira 4 kaki. Pertunjukan ini percuma dana semua penonton dapat melihat dari jauh. Bangsal ini biasanya dibuat daripada buluh berlantaikan papan dan beratapkan daun kelapa.

(ii) Bangsal Atau Pentas Untuk Pertunjukan Yang Dikenakan Bayaran
Kadangkala ada juga penganjur yang menganjurkan permainan ini dengan tujuan mengutip wang. penonton dikenakan bayaran masuk. Pentas dibuat sempurna supaya semuanya dapat menonton.

Halim Yazid
Setapo
Cikgu Sulizi
Cikgu Naim
Pok Ku Kamal
Fendi Aye Serama
Abdul Halim Yazid
Pegawai Kebudayaan UM
Pusat Kebudayaan
(O) 03-79673337 (H) 010-2752071
Sarjana Muda Sastera (Kepujian), UM, 1983
Jurulatih Dikir Brat Sekolah-sekolah
Hakim Pertandingan Dikir Barat/ Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan 1989

:: Album ::

1. Angin
2. Inovasi

Halim Yazid
Setapo
Cikgu Sulizi
Cikgu Naim

 

Tranungkite.net
Harakahdaily.net

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERTANDINGAN DIKIR BARAT

Satu pertandingan Dikir Barat telah diadakan di Restoran Selera Sejati Bt 3 Shah Alam. Pertandingan ini diadakan semperna sambutan kemerdekaan yang ke-46.

09 Ogos 2003 - Saringan 1
10 Ogos 2003 - Saringan 2
16 Ogos 2003 - Suku Akhir
23 Ogos 2003 - Sep. Akhir
31 Ogos 2003 - Akhir

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Powered by ustaq@yahoo.com
© Copyright 2003 dkbarat.com