KUMPULAN AHLI-AHLI
Di dalam satu-satu pasukan
Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara
dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang).
(i) Tukang Karut
Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya
pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali
ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan
dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi
puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir
dua kali.
(ii) Juara
Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat.
Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala,
juara juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba
(biasanya di awal permainan) , tapio masanya tidaklah lama, Juara
berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut
mendendangkan karutnya sambil berdiri.
(iii) Awak-awak
Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan
Dikir Barat. Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi
belasan tahun. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai
menjadi awak-awak.
Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan
yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jaggan seorang ketua
yang dipanggil "Keragan" jadi keaddda ini disesuaikan
dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah
jagaan ketua mereka, Juara.
|