Make your own free website on Tripod.com

PENGENALAN

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud dikalangan masyarakat biasa di kampung - kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak - awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

Perkataan Dikir ialah hasil dari 2 kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair.Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

Halim Yazid
Setapo
Cikgu Sulizi
Cikgu Naim
Pok Ku Kamal
Fendi Aye Serama
Abdul Halim Yazid
Pegawai Kebudayaan UM
Pusat Kebudayaan
(O) 03-79673337 (H) 010-2752071
Sarjana Muda Sastera (Kepujian), UM, 1983
Jurulatih Dikir Brat Sekolah-sekolah
Hakim Pertandingan Dikir Barat/ Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan 1989

:: Album ::

1. Angin
2. Inovasi

Halim Yazid
Setapo
Cikgu Sulizi
Cikgu Naim

 

Tranungkite.net
Harakahdaily.net

 

 

 
Kemaskini Terakhir 20 Ogos 2003
Anda pelawat yang ke
Get free counter at Cgi2yoU.com
 

PERTANDINGAN DIKIR BARAT

Satu pertandingan Dikir Barat telah diadakan di Restoran Selera Sejati Bt 3 Shah Alam. Pertandingan ini diadakan semperna sambutan kemerdekaan yang ke-46.

09 Ogos 2003 - Saringan 1
10 Ogos 2003 - Saringan 2
16 Ogos 2003 - Suku Akhir
23 Ogos 2003 - Sep. Akhir
31 Ogos 2003 - Akhir
Powered by ustaq@yahoo.com
© Copyright 2003 dkbarat.com